Saturday, December 15, 2012

34 days!

Hello people! Okay so finals nak dekat, tapi aku masih disini dalam keadaan yang tak sedar diri dan tak reti nak insaf. Biasalah tu. Takyah nak buat buat terkejut ke apa.

Sekarang ni ramai sangat sebok sebok pasal Durian Crepe. Gambar semua menyeksa aku tahu. Taktahu apa itu Durian Crepe? OMO. Pasaipa ketinggalan sangat ni? Nah amik gambar!

T____T 
Haritu ada tau jual dekat cafe. Tapi kecik kecik sangat. Pastu mahal. Memey tak lah kan. Dah la barang kat sini mahal. Harapan la aku nak beli kejadah tu dengan harga sebegitu. T_T
Nak buat pun nak buat kat mana... :(


OH OH OH and,



 iPhone 5 is here oih! Tak seronok keeee? Haha aku tak seronok. Sebab aku still nak iPhone 4s. Sebab aku tak suka panjang dan nipis nya itu. Hmm. So aku macam chill je tengok iPhone 5. Muehehe. Tapi kalau ada sesiapa ada nak beli, Celcom ada plan baik punya oih. Pegi cari plan tu senirik. I tak promote Celcom hokeyy.

Sesiapa rasa nak jual iPhone 4s dia yang baru beli kat aku ke, boleh la comment dibawah ni ye. Mekasih.



Btw, lagi 34 hari je tinggal! Yeyy nak balik KL dah~ Tak sabar!

Anyway, thats for now I think. Later guys~

Till then,
Aisya J.

p/s : Harini Maria Elena kahwin! On her birthday! So sweet~ Jangan lupa tengok her pics :D

Friday, December 7, 2012

Finally!


Hellooooooooooooo~ Fuhhhh fuhh fuhhh berhabuk kot blog ni! Bila last update pun tak ingat dah!

Hi semua! Ingat aku lagi taaak? Hahaha okbai.
So many things have happened since I last update this blog. Seriously. Waaaay many things!

Terlepas update pasal puasa, raya, pendaftaran Uni dan lain lain lagi.
Hmm nak update dari mana dulu? Dari puasa dulu ye?

Ramadhan.

Time bulan ramadhan kali ni, aku mengalami penghijrahan yang paling besar dalam hidup aku. Cewah ayat tak leh blah. Tapi serious kot. Aku dari free hair, cuba mula pakai tudung. Alhamdullilah. Tergerak jugak lah hati aku untuk berubah.

Bila ingat ingat balik aku punya penampilan sebelum ini, rasa nak menangis. Pakaian macam penghuni neraka. Takut aku lihat diri aku sebelum ini.\
Mula mula tu was - was jugak nak pakai hijab ni. Beribu alasan aku bagi. Tapi Alhamdullilah dengan ramai sokongan dari kawan kawan, family dan kesayangan saya, berubah la jugak. Hihi :D

Aidilfitri.

Raya kali ini first time raya dengan kesayangan. Hihi. Bukan raya sekali, tapi bersama la jugak kan. Kami sedondon tahun ni. Huehue. Tahun ni jugak banyak shoot gambar family. Tapi berzaman jugak la nak siap edit apa sume kan. Ada lagi yang tak edit ni. Hahaha. Kemalasan dah.

Favourite raya pictures goes to :



Universiti Malaysia Sabah.

And now aku dekat Kota Kinabalu, Sabah. Ada lah dah 2 bulan lebih. Best ke? Hmm. Entah. Seksa jugak lah sebab jauh. Jauh dari family.
Faham tak apa aku cuba sampaikan? Faham? Bagus.

Tapi okay lah. Cantik kat sini!

Captured from the plane.
Ada banyak gambar lain senanya. Tapi aku malas. Ottoke? :O

Aku dekat sini ambil course Perhutanan Tropika Antarabangsa. Best la jugak belajar pokok pokok. Yang tak bestnya bila banyak camping, field trip. Ew. Aku dah bangsa pemalas nak camping camping ni. Memang turn off habis la.

Lab subject Dendrology.
Kena lukis dedaun sume.
Leceh gua cakap sama lu. Satu takpe. Berpuluh siot.

And now kami semua tengah stress nak finals! *cewah stress ke?
Tujuan aku sekarang adalah nak balik je. Nak balik sekarang jugak!

Okay dah la. Taktau aku nak tulis apa dah. :S
Disini aku sertakan gambar gambar aku bertudung. Muehehe. Ustazah pilihan kot. HAHAHA kbai.



Okay. Bye sume.

Aisya J.

Hello,


Not really. But yeah whatever.