Friday, December 7, 2012

Finally!


Hellooooooooooooo~ Fuhhhh fuhh fuhhh berhabuk kot blog ni! Bila last update pun tak ingat dah!

Hi semua! Ingat aku lagi taaak? Hahaha okbai.
So many things have happened since I last update this blog. Seriously. Waaaay many things!

Terlepas update pasal puasa, raya, pendaftaran Uni dan lain lain lagi.
Hmm nak update dari mana dulu? Dari puasa dulu ye?

Ramadhan.

Time bulan ramadhan kali ni, aku mengalami penghijrahan yang paling besar dalam hidup aku. Cewah ayat tak leh blah. Tapi serious kot. Aku dari free hair, cuba mula pakai tudung. Alhamdullilah. Tergerak jugak lah hati aku untuk berubah.

Bila ingat ingat balik aku punya penampilan sebelum ini, rasa nak menangis. Pakaian macam penghuni neraka. Takut aku lihat diri aku sebelum ini.\
Mula mula tu was - was jugak nak pakai hijab ni. Beribu alasan aku bagi. Tapi Alhamdullilah dengan ramai sokongan dari kawan kawan, family dan kesayangan saya, berubah la jugak. Hihi :D

Aidilfitri.

Raya kali ini first time raya dengan kesayangan. Hihi. Bukan raya sekali, tapi bersama la jugak kan. Kami sedondon tahun ni. Huehue. Tahun ni jugak banyak shoot gambar family. Tapi berzaman jugak la nak siap edit apa sume kan. Ada lagi yang tak edit ni. Hahaha. Kemalasan dah.

Favourite raya pictures goes to :



Universiti Malaysia Sabah.

And now aku dekat Kota Kinabalu, Sabah. Ada lah dah 2 bulan lebih. Best ke? Hmm. Entah. Seksa jugak lah sebab jauh. Jauh dari family.
Faham tak apa aku cuba sampaikan? Faham? Bagus.

Tapi okay lah. Cantik kat sini!

Captured from the plane.
Ada banyak gambar lain senanya. Tapi aku malas. Ottoke? :O

Aku dekat sini ambil course Perhutanan Tropika Antarabangsa. Best la jugak belajar pokok pokok. Yang tak bestnya bila banyak camping, field trip. Ew. Aku dah bangsa pemalas nak camping camping ni. Memang turn off habis la.

Lab subject Dendrology.
Kena lukis dedaun sume.
Leceh gua cakap sama lu. Satu takpe. Berpuluh siot.

And now kami semua tengah stress nak finals! *cewah stress ke?
Tujuan aku sekarang adalah nak balik je. Nak balik sekarang jugak!

Okay dah la. Taktau aku nak tulis apa dah. :S
Disini aku sertakan gambar gambar aku bertudung. Muehehe. Ustazah pilihan kot. HAHAHA kbai.



Okay. Bye sume.

Aisya J.

6 comments :

  1. awak nampak lebih cantik dan radiant berhijab =)

    ReplyDelete
  2. Universiti Malaysia Sabah? Kite berjiran lah. Sy Universiti Malaysia Sawarak. :) btw, you look gorgeous with hijab. Love it! <3

    ReplyDelete
  3. @farah, thank youuu! :D

    @ms slytherin, wahh unimas! hihi. thank youuu! :D

    ReplyDelete
  4. terlepas rindu nak baca blog aisya..hehe

    ReplyDelete
  5. you're cute with your hijab, Aisya !

    ReplyDelete
  6. @nad, hihihi datang selalu tauu :p

    @sarah, thankyouu! :D

    ReplyDelete