Thursday, June 28, 2012

Coupon McDonald's!

Siapa suka sarapan dekat McDonald's? SAYAA!
Takde lah selalu, tapi kalau dapat tu, fuyooo! Best! hihi. Sekarang ni dorang ada offer tau! :o
Limited time only. From 25th June - 1st July. Haa sempat lagi! Lagi 2 hari hoho.

Anda cuma kena print coupon ini!

Click itu image yang lagi besar! Wooww!

Sausage McMuffin uolss~ Selalu RM 4.90 ye. Tapi kalau ada coupon RM 2.50 jee. Apa lagi! Cepat pegi print!
Haa kalau yang tade printer tu nasib la ye. Siapa suruh takde printer! HAHA
Haha itu je nak bagi punn! Enjoy korang! Nanti makan tu beringat la sikit kat orang yang bagi ni eh. haha!

Later people.

Aisya J :)

p/s : kalau ada coupon hotcakes dia aku print sampai rosak printer!

Wednesday, June 27, 2012

Recipe : Rainbow Cupcakes

Hello tuan tuan dan puan puan. *suara Chef Wan*  Harini saya nak tunjuk bagaimana nak buat Rainbow Cupcakes! Pasti tuan tuan dan puan puan sudah tidak sabar untuk membuatnya. Ayuh!

Hee comel en? Jom buat!

Okay. Bahan bahan yang kena ada,

Untuk cake.
- 113g Butter (unsalted), suhu bilik.
- 130g Gula putih
- 3 biji telur.
- 1 sudu kecil vanilla essence.
- Sedikit parutan kulit lemon.
- 195g tepung (diayak)
- 1 1/2 sudu kecil baking powder
- 1/4 sudu kecil garam*
- 60 ml susu
- Coloring

*Kalau takda Unsalted Butter, boleh guna Salted Butter. Cuma jangan letak garam lagi lepas tu :)

Untuk frosting

- 230g icing sugar
- 113g unsalted butter (mesti unsalted)
- 1 sudu kecil vanilla essence.
- 2 sudu besar susu.
- Coloring (Kalau nak)

Okay.
1. MESTI pre-heat oven to 180 celcius dulu okay.
2. Pukul butter dengan gula sampai kembang. Bila dah kembang, masukkan telur satu per satu. Lepas masuk satu tu, biar dia sebati dulu baru masuk telur yang seterusnya. Lepastu masukkan vanilla essence.
3. Dalam mangkuk yang berbeza, masukkan tepung, parutan limau, baking powder dengan garam. Kacau.
4. Perlahan kan mixer kepada low speed. Masukkan mix tepung tadi dengan susu. Berselang. Tepung, susu, dan tepung balik. Siap.
5. Okay sekarang, bahagikan batter tadi kepada 6 bahagian. Dan warnakan ikut warna rainbow!

Guna banyak pewarna, sebab selalunya warna akan lebih pudar lepas masak.

Boleh jugak paksa adik anda tolong,


Okay lepas tu boleh la letak dalam, cupcakes paper korang.

Haa comot kann. Tapi cantik nanti bila dah siap haha!
Yang purple atas dia tu sume Muaz yang buat -_-"

And then boleh la masukkan korang punya cupcake dalam oven! Bakar selama 17-20 minit. Selepas itu, sejukkan dulu sebelum letak frosting ke apa :)

Okay NEXT! How to make the frosting!

1. Pukul butter tu sampai jadi smooth and cream-ish
2. Masukkan vanilla essence.
3. Perlahankan mixer kepada low speed, dan masukkan gula tu sikit demi sedikit.
4. Masukkan susu. Pastu, lajukan speed mixer dan pukul mix tu sampai jadi fluffy. Lebh kurang dalam 3-4 minit.
5. Kalau nak, warnakan la frosting anda! :)

TADAAAAA! DAH SIAPPP! :D

Top view! Nyumm!

Hihi semoga berjaya! :)
Tangkap gambar kalau jadi! :)

Sila bagi kucing anda makan untuk mendapatkan your very own, NYAN CAT!

Try laa! nanti jadi cemni!
Okaylah. Hope this recipe will be helpful for you girls who have been asking for it.

Love,
Aisya J.

p/s : Habis semua laptop, pc kat rumah ni aku tukar wallpaper Nyan Cat. Hoyeah.

Tuesday, June 26, 2012

Rainbow Clouds.


BABAI boss! Jumpa lagi tahun depan! Weehuuu dah habis kerja! Haha :)
Hari last biasa la, mana kerja elok elok dah. Semua nak berfoya foya dah.

Baii Ayu! Jumpa kau bila business kite start semula muahaha.
Cupcakes aku buat untuk majlis perpisahan tersebut. Huehue.
Makan besar okayy. Haha. Babai spoloh hengget aku.




Sekarang niiiii, apamende pun tatau nak buat apa. *sigh Bosan. Kalau bosan habis la semua mende aku nak try masak en =_="

Semalam aku buat ini,

CANTIK TAAAAAAK?
Cakap cantik cepat!
Comel en. Sedap pulak tu. Dah la aku buat sengsorang huehue :p (Syok Sendiri)
Buat sendiri sebab mama takdee. Mama pegi bercuti dekat Sweden -_-"

So aku dengan bataknya makan,

TADAAA!
Sedap weh! Plus, aku kan pemalas gamaknya. (Aku taktau pun apa maksud gamaknya. Main tibai je letak. Harap maklum) So tambah air panas je! Yeyyy! Hahaha!

Okay lah. Later la update lagi.

Love,
Aisya J.

p/s : sedang makan bubur itu sekarang. heee.

Wednesday, June 20, 2012

Wordless Wednesday #3

Black Pepper Fried Rice. Status : Mission accomplished. 
Oh boleh eh Wordless Wednesday sampai dua kali satu hari? K.

Wordless Wednesday #2


Contact me to get your own Quran Rainbow :)

Monday, June 18, 2012

Waking up in the morning,

and realized you got no work is damn heaven. Way heaven.

Good morning earthling! Sorry for not updating for so long. I've been busy with work. And my laptop keyboard still not working. (Buat macam ada orang kesah pulak kan aku tak hupdate -_-")

Anyway, hari sabtu lepas, kitorang pegi makan dekat Chilli's! Not our first time, but only now I wanna go update about it. Tempat ni aku rasa mahal tapi berbaloi. Sebab aku cakap cemtu adalah sebab portion dia besar gila weh! O_O

Tak caya? Tak caya sudah.

Okay tak besar ke tu? BESAR OKAY. BANYAK GILA.

Okay benda ni FAVORITE! Sebab boleh refill muehehe.
Makan sampai muntah.

Fish & Chips. Jenuh nak habiskan -_-"

Nampak macam kecik je kan dalam gambar.?
Okay I dare you to go there and order satu sorang burger ni.
Haa baru kau tahu.

Ni waiter kitorang. Macam mexican ke hape tatau.
So aku decide nama dia CARLOS.
Selalu nama orang Mexico cemtu en? HAHA.

Err. Ni semangat tangkap gambar.

Ni boss besar.

Ni pun sama laa. Belakang tu isteri bos besar.
Kira makan 4 dishes, and air for 6 orang, RM 170++ liddat la. K.
Okay habis. Best en? Hihi :) Makan kat situ kononnya sambut adik balik dari matriks la konon.

Oh and semalam kite try buat Pavlova :D

TADAAAAAA!~
Nak recipe? Kalau nak boleh la comment kata mau. Senang je! Kalau ramai mintak baru post dekat blog huehue :)

Okay thats it from me for now. Talk to you guys later!

xoxo
Aisya J.